PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA
Apakah itu bahasa kedua? Bahasa kedua ialah bahasa
yang dikuasai setelah manusia menguasai bahasa pertamanya. Menurut Ellis
(1997), hal ini bukan hanya terhad kepada bahasa kedua sahaja tetapi juga
diaplikasikan kepada bahasa ketiga, keempat dan seterusnya. Sesetengah individu
mempelajari bahasa kedua kerana hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan
bangsa (Abdullah Hassan, 1987). Hal ini dikatakan demikian kerana mereka pelu
mempelajari bahasa kedua untuk memudahkan mereka berkomunikasi. Sebagai
contohnya, individu dari negara India baru tiba di Korea, jadi dia perlu
menguasai serba sedikit bahasa Korea untuk memudahkannya berkomunikasi dengan
masyarakat di situ. Dengan itu, dia tidak akan berasa tersisih atau terasing
kerana dapat menguasai bahasa Korea. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
seseorang itu perlu mempelajari bahasa kedua. Antaranya ialah:
a) Berpendapat
bahawa bahasa kedua dapat memperkukuhkan kedudukannya dalam masyarakat itu
sendiri.
b) Tuntutan
peluang pekerjaan.
c) Bahasa
kedua merupakan bahasa majoriti dalam negara berkenaan.
d) Mengenali
sastera dan budaya bangsa lain.
e) Tuntutan
akademik atau sebagai bentuk latihan kognitif.
f) Kepentingan
bahasa tersebut daam pendidikan atau perhubungan.
g Pengaruh
ibu bapa di rumah yang banyak menggunakan bahasa keduaa dalam berkomunikasi.
h) Sikap
pelajar tersebut iaitu sedar akan kepentingan atau keperluan bahasa kedua.
i) Pertuturan
dengan sesuatu kaum yang terpaksa menggunakan bahasa kedua.
Terdapat beberapa masalah yang wujud dalam pemerolehan
bahasa kedua, antaranya:
a) Tidak
didedahkan pada peringkat kanak-kanak.
Berpandukan teori masa kritikal masa yang paling
sesuai untuk mempelajari bahasa kedua adalah pada usia kanak-kanak. Hal ini
dikatakan demikian kerana otak kanak-kanak masih belum berkembang sepenuhnya
dan pada masa inilah kanak-kanak dapat mempelajari apa jua bahasa selain bahasa
pertama dengan pantas. Berbeza pula sekiranya belajar bahasa kedua apabila
sudah mencapai usia baligh. Sebagai contohnya, individu yang mencapai usia
baligh iaitu remaja hendak mempelajari bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris.
Mereka akan berasa sukar untuk menguasai bahasa tersebut walupun mencuba untuk
menguasai bahasa tersebut selama bertahun-tahun kerana mereka tidak didedahkan
dari kecil lagi tentang bahasa tersebut. Jadi, ibu bapa perlulah memainkan
peranan dengan mendedahkan kepada anak-anak mereka tentang bahasa kedua sejak
dari kecil lagi.
b) Tidak
mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.
Pemerolehan bahasa kedua sememangnya sukar untuk
dikuasai tetapi kita tidak boleh berputus asa untuk terus belajar dan membuat
latihan untuk menguasai bahasa tersebut. Menurut Steinberg (1995), kanak-kanak
yang berusia empat ke lima tahu dapat mengembangkan sitem linguistik yang kompleks
iaitu daripada satu kata kepada pelbagai kata dalam jangka masa yang yang
singkat. Seseorang itu akan mendapat masalah sekiranya dia tidak ada asas dalam
bahasa kedua yang hendak dipelajarinya. Jadi, pembelajaran sepanjang hayat
merupakan jalan penyelesaian bagi individu yang mempunyai masalah kesukaran
memperoleh bahasa kedua.
c) Pengaruh
daripada bahasa pertama.
Penutur tidak dapat menguasai hukum-hukum yang
terdapat dalam pemerolehan bahasa pertama. Hal ini berlaku kerana mereka menerapkan
peraturan bahasa pertama dalam bahasa kedua. Keadaan ini sebenarnya berlaku
tanpa disedari oleh penutur. Secara umumnya, masalah ini terjadi semasa
peringkat awal perkembangan pemerolehan bahasa kedua iaitu semasa
menterjemahkan bahasa pertama kepada bahasa kedua.
Bahasa Pertama |
Bahasa Kedua |
Tolong buka pintu. |
Please open the door. |
Buka penghawa dingin. |
Open the air conditioner. |
Contoh di atas ini jelas dalam menggambarkan peraturan dalam bahasa pertama giat dalam pemikiran kanak-kanak. Pengaruh bahasa pertama sebenarnya sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak Melayu.
Namun begitu, pengaruh bahasa pertama ini juga dapat dilihat dengan jelas di kalangan kaum lain seperi India dan Cina. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka juga mengalami kesukaran untuk menukarkan perkataan dari bahasa pertamanya iaitu bahasa India kepada bahasa kedua iaitu bahasa Melayu.
Bahasa Tamil |
Bahasa Melayu |
Saya nasi makan. |
Saya makan nasi. |
Penutur kaum Cina juga menghadapi masalah yang sama
seperti kaum India. Hal ini dikatakan demikian kerana struktur bahasa Cina
sangat berbeza dengan strukur bahasa Melayu.
Bahasa Cina |
Bahasa Melayu |
Kakak kamu mana tinggal? |
Kakak kamu tinggal di mana? |
Lembu punya susu. |
Susu lembu punya. |
d) Kurangnya
latihan.
Latihan yang berterusan dapat menolong seseorang itu
untuk mengingati apa yang dihafal atau dibacanya. Hal ini dikatakan demikian
seseorang itu hanya mampu mengingati apa yang dihafal atau dipelajarinya selama
24 jam sahaja. Selepas pada tempoh itu, dia tidak akan dapat mengingat semula
100% memorinya. Melalui latihan yang berterusanlah dapat menguatkan ingatan
seseorang. Latihan yang berterusan juga dapat menjadikan seseorang itu terbiasa
dengan perkara yang dilakukannya. Jadi, kita perlulah melakukan sebanyak
mungkin latihan supaya dapat melatih otak kita untuk mengingat sesuatu perkara.
e) Tidak
mempraktikkan dalam kehidupan.
Kebanyakan orang tidak mempraktikkan bahasa yang
dipelajarinya dalam kehidupan seharian kerana berasa malu untuk menggunakan
bahasa tersebut semasa berkomunikasi. Mereka hanya menggunakan bahasa itu
terhad semasa di dalam kelas sahaja. Keadaan ini juga berlaku kerana mereka
lebih selesa untuk menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Jadi, kita
sepatutnya buang perasaan malu itu supaya kita dapat fasih bahasa kedua dengan
pantas.
f) Pengaruh
dialek.
Dialek merupakan variasi daripada satu bahasa tertentu
yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat. Dialek juga
berbeza mengikut kawasan tertentu dan berbeza dari bahasa standard iaitu dari
segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata-kata tertentu. Dialek juga dapat
dibahagikan kepada dua iaitu dialek daerah dan dialek sosial. Dialek daerah
ialah dialek mengikut tempat atu negeri. Sebagai contohnya:
Dialek daerah |
Bahasa standard |
Ayaq |
Air |
Makang, makey |
Makan |
Teman |
Saya |
Besaq |
Besar |
BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am Untuk Guru Bhasa
Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ellis, R. (1997). Second Language Acquisition.
England: Oxford University Press.
Steinberg Laurance. (1995). Adolescene Sanfrancisco:
McGraw-Hill Inc.
No comments:
Post a Comment