Wednesday, December 14, 2022

KECELARUAN BAHASA

 

KECELARUAN BAHASA

            Kecelaruan bahasa juga dikenali sebagai disleksia. Jadi, apakah itu disleksia? Disleksia bermaksud kecelaruan bahasa yang berlaku dalam kalangan individu untuk menguasai kemahiran membaca, menulis atau mengira (Noor Aida Dani, 2017). Kanak-kanak yang mempunyai masalah disleksia kebiasaannya mempunyai masalah untuk menguasai pelajaran di sekolah walaupun mereka telah mencuba dengan sedaya upaya mereka. Hal ini berlaku kerana otak mereka mempunyai masalah untuk membuat perbezaan dan mengaitkan simbol visual dengan bunyi misalnya, mereka mempunyai kesukaran untuk membaca, menulis, memahami, mengeja dan mengira.

            Disleksia bukanlah sejenis penyakit tetapi ia hanyalah satu gangguan dalam proses pembelajaran ketika peringkat kanak-kanak sahaja. Menurut (Nourul Haida, 2013), disleksia secara umumnya merupakan kesukaran pembelajaran yang mempengaruhi pembacaan, penulisan dan penumpuan sehingga membuatkan golongan ini sukar untuk belajar semudah orang lain. Setakat ini, tiada lagi cara untuk atau rawatan yang boleh digunakan untuk merawat atau menangani masalah disleksia dalam kalangan kanak-kanak ini. Namun, disebabkan oleh peredaran zaman, terdapat kemajuan dalm bidang radiologi. Dengan penggunaan imbasan magnet atau MRI iaitu sebuah alat yang khusus untuk mengimbas otak, kita dapat mengimbas dan membandingkan antara otak individu yang normal dengan individu yang mempunyai masalah disleksia.

PERBEZAAN ANTARA OTAK INDIVIDU NORMAL DENGAN OTAK INDIVIDU DISLEKSIA


Disleksia terbahagi kepada beberapa ciri iaitu:

1.     Lambat bertutur

2.     Mengalami kesukaran sebutan atau rima

3.     Sukar menulis nama sendiri

4.     Sukar mengenal bentuk atau warna

5.     Sukar memberitahu cerita yang telah didengar

Kanak-kanak yang mengalami disleksia juga mempunyai beberapa kelemahan iaitu:

1.     Kanak-kanak yang mengalami disleksia ini gagal melakukan tugasan sekolah seperti menulis, mebaca, dan mengira.

2.     Mereka juga tidak tahu untuk membezakan huruf yang hampir sama seperti huruf b, d dan p.

3.     Mereka tidak tahu untuk mengikat tali kasut atau tali leher.

4.     Mereka menulis dalam keadaan terbalik dan menyebabkan orang sukar memahami apa yang yang mereka tulis.

5.     Mereka juga cepat lupa apa yang diajar oleh guru semasa di dalam kelas dan menyebabkan mereka melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

6.     Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas dan butang baju sentiasa salah kedudukannya.

7.     Sukar membezakan kedudukan kiri dan kanan.




    Persoalan yang sering diutarakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami masalah disleksia ialah “Adakah orang yang mengalami disleksia mampu berjaya?”. Walaupun tidak ramai yang tahu bahawa segelintir tokoh-tokoh ternama yang sering disebut-sebut oleh masyarakat juga mempunyai masalah disleksia. Antara tokoh yang mempunyai masalah disleksia ialah Leonardo Da Vinci, Albert Einstein, Tom Cruise dan Bill Gates.

             


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya disleksia:

1.Keturunan

Masalah dileksia telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak disleksia. Kajian perubatan di Barat mendapati bahawa kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan. Disleksia juga cenderung berlaku bagi individu yang kidal. 

2. Pemakanan

Secara amnya, pemakanan sememangnya penting untuk mendapat pertumbuhan yang normal. Pemakanan yang cukup dan seimbang mestilah dapat membekalkan kalori yang mencukupi dan mempunyai bahan-bahan makanan yang tertentu iaitu protein, vitamin, zat galian dan sebagainya. Bekalan zat-zat yang mencukupi bergantung kepada fasa pertumbuhan kanak-kanak itu sendiri. Sekiranya kanak-kanak tidak mendapat zat-zat yang mencukupi, pertumbuhan kanak-kanak akan terencat. Selain itu, terdapat juga makanan yang mempunyai bahan-bahan pengawet yang akan mengganggu otak jika diambil secara berlebihan dalam tempoh yang lama terutama kepada kanak-kanak yang sedang dalam fasa pertumbuhan. Antaranya ialah monosodium glutamate (MSG).

3. Bawaan

Sesetengah kanak-kanak berkemungkinan boleh mendapat masalah pendengaran sejak lahir lagi. Dalam tempoh lima tahun sejak dilahirkan, sekiranya kanak-kanak sering mengalami selsema dan jangkitan pada bahagian tengkorak, ia boleh menyebabkan masalah pendengaran terganggu. Sekiranya dibiarkan masalah ini akan menyebabkan gangguan kepada proses pertumbuhan kanak-kanak itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana, kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran akan sukar menghubungkan atau memproses bunyi atau suara yang didengarnya dengan huruf atau kata yang dilihatnya.

4. Biologi

Kanak-kanak berkemungkinan mendapat disleksia kerana dilahirkan tidak cukup bulan. Namun ada juga yang berlaku berpunca daripada kerosakan pada sebahagian otak yang menyebabklan kanak-kanak ini mengalami masalah disleksia. Kerosakan pada bahagian otak mungkin terjadi semasa di dalam kandungan ibu mereka lagi. Kerosakan pada bahagian otak yang disebut berkemungkinan pada saraf di bahagian kiri otak mereka.

Ciri-ciri penghidap disleksia ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu peringkat prasekolah, sekolah rendah,sekolah menengah dan dewasa.

1.Peringkat Prasekolah

Disleksia ini selalunya dapat dikesan sejak di peringkat awa persekolahan lagi. Kanak-kanak disleksia mengalami masalah pertuturan. Keadaan ini menyebabkan mereka lambat bertutur. Contohnya, apabila diminta untuk menyebut perkataan ‘pelbagai’, mereka akan menyebut ‘pelgabai’. Hal ini kerana mereka sangt gemar menukar perkataan semasa bercakap dan mereka juga tidak suka duduk diam.

2. Peringkat Sekolah Rendah

Disgrafia merupakan kesulitan dalam menghasilkan tulisan tangan yang cantik. Disgrafia ini dapat dikesan apabila murid ketinggalan dalam pelajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka sukar untuk meniru tulisan dari papan putih atau buku dan menyebabkan tulisan mereka salah. Kanak-kanak disleksia juga cenderung untuk menulis secara terbalik. Sebagai contohnya, perkataan ‘was’ menjadi ‘saw’ dan juga tidak dapat membezakan huruf iaitu ‘b’ dan ‘d’.

3. Peringkat Sekolah Menengah

Penghidap disleksia pada tahap ini sama seperti keadaan di peringkat prasekolah dan sekolah rendah. Namun ada sedikit pertambahan iaitu mereka mengalami masalah dalam mempelajari perbendahraan kata. Perkara ini sangat jelas dalam penulisan karangan. Penguasaan bahasa kedua di sekolah menengah juga agak lambat kerana penguasaan bahasa pertama mereka juga masih banyak ketinggalan daripada pelajar lain.

4. Peringkat Dewasa

Ciri-ciri mereka pada tahap ini masih sama seperti di peringkat sebelumnya. Mereka masih belum membaca dengan lancar dan perlu membaca satu halaman buku sebanyak dua atau tiga kali sebelum dapat memahami apa yang hendak disampaikan berbeza dengan individu normal yang hanya perlu membaca sekali sahaja. Mereka juga masih mempunyai masalah dalam menentukan arah dan boleh menyebabkan sesat walaupun itu adalah laluan ke rumah sendiri. 

BIBLIOGRAFI

Noor Aida Dani (2017). Asas Psikolinguistik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norul Haida bt. Hj Reduzan. Ilmu Psikolinguistik (2013) Perak. Emeritus Publications.

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA

 

PEMEROLEHAN BAHASA KEDUA 

            Apakah itu bahasa kedua? Bahasa kedua ialah bahasa yang dikuasai setelah manusia menguasai bahasa pertamanya. Menurut Ellis (1997), hal ini bukan hanya terhad kepada bahasa kedua sahaja tetapi juga diaplikasikan kepada bahasa ketiga, keempat dan seterusnya. Sesetengah individu mempelajari bahasa kedua kerana hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa (Abdullah Hassan, 1987). Hal ini dikatakan demikian kerana mereka pelu mempelajari bahasa kedua untuk memudahkan mereka berkomunikasi. Sebagai contohnya, individu dari negara India baru tiba di Korea, jadi dia perlu menguasai serba sedikit bahasa Korea untuk memudahkannya berkomunikasi dengan masyarakat di situ. Dengan itu, dia tidak akan berasa tersisih atau terasing kerana dapat menguasai bahasa Korea. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang itu perlu mempelajari bahasa kedua. Antaranya ialah:

a)  Berpendapat bahawa bahasa kedua dapat memperkukuhkan kedudukannya dalam masyarakat itu sendiri.

b)    Tuntutan peluang pekerjaan.

c)     Bahasa kedua merupakan bahasa majoriti dalam negara berkenaan.

d)   Mengenali sastera dan budaya bangsa lain.

e)   Tuntutan akademik atau sebagai bentuk latihan kognitif.

f)   Kepentingan bahasa tersebut daam pendidikan atau perhubungan.

g Pengaruh ibu bapa di rumah yang banyak menggunakan bahasa keduaa dalam berkomunikasi.

h) Sikap pelajar tersebut iaitu sedar akan kepentingan atau keperluan bahasa kedua.

i)   Pertuturan dengan sesuatu kaum yang terpaksa menggunakan bahasa kedua.

Terdapat beberapa masalah yang wujud dalam pemerolehan bahasa kedua, antaranya:

a)   Tidak didedahkan pada peringkat kanak-kanak.

        Berpandukan teori masa kritikal masa yang paling sesuai untuk mempelajari bahasa kedua adalah pada usia kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana otak kanak-kanak masih belum berkembang sepenuhnya dan pada masa inilah kanak-kanak dapat mempelajari apa jua bahasa selain bahasa pertama dengan pantas. Berbeza pula sekiranya belajar bahasa kedua apabila sudah mencapai usia baligh. Sebagai contohnya, individu yang mencapai usia baligh iaitu remaja hendak mempelajari bahasa kedua iaitu bahasa Inggeris. Mereka akan berasa sukar untuk menguasai bahasa tersebut walupun mencuba untuk menguasai bahasa tersebut selama bertahun-tahun kerana mereka tidak didedahkan dari kecil lagi tentang bahasa tersebut. Jadi, ibu bapa perlulah memainkan peranan dengan mendedahkan kepada anak-anak mereka tentang bahasa kedua sejak dari kecil lagi.

b)   Tidak mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat.

            Pemerolehan bahasa kedua sememangnya sukar untuk dikuasai tetapi kita tidak boleh berputus asa untuk terus belajar dan membuat latihan untuk menguasai bahasa tersebut. Menurut Steinberg (1995), kanak-kanak yang berusia empat ke lima tahu dapat mengembangkan sitem linguistik yang kompleks iaitu daripada satu kata kepada pelbagai kata dalam jangka masa yang yang singkat. Seseorang itu akan mendapat masalah sekiranya dia tidak ada asas dalam bahasa kedua yang hendak dipelajarinya. Jadi, pembelajaran sepanjang hayat merupakan jalan penyelesaian bagi individu yang mempunyai masalah kesukaran memperoleh bahasa kedua.


c)   Pengaruh daripada bahasa pertama.

            Penutur tidak dapat menguasai hukum-hukum yang terdapat dalam pemerolehan bahasa pertama. Hal ini berlaku kerana mereka menerapkan peraturan bahasa pertama dalam bahasa kedua. Keadaan ini sebenarnya berlaku tanpa disedari oleh penutur. Secara umumnya, masalah ini terjadi semasa peringkat awal perkembangan pemerolehan bahasa kedua iaitu semasa menterjemahkan bahasa pertama kepada bahasa kedua.

Bahasa Pertama

Bahasa Kedua

Tolong buka pintu.

Please open the door.

Buka penghawa dingin.

Open the air conditioner.

            Contoh di atas ini jelas dalam menggambarkan peraturan dalam bahasa pertama giat dalam pemikiran kanak-kanak. Pengaruh bahasa pertama sebenarnya sangat kuat dalam kalangan kanak-kanak Melayu.

Namun begitu, pengaruh bahasa pertama ini juga dapat dilihat dengan jelas di kalangan kaum lain seperi India dan Cina.  Hal ini dikatakan demikian kerana mereka juga mengalami kesukaran untuk menukarkan perkataan dari bahasa pertamanya iaitu bahasa India kepada bahasa kedua iaitu bahasa Melayu.

Bahasa Tamil

Bahasa Melayu

Saya nasi makan.

Saya makan nasi.

Penutur kaum Cina juga menghadapi masalah yang sama seperti kaum India. Hal ini dikatakan demikian kerana struktur bahasa Cina sangat berbeza dengan strukur bahasa Melayu.

Bahasa Cina

Bahasa Melayu

Kakak kamu mana tinggal?

Kakak kamu tinggal di mana?

Lembu punya susu.

Susu lembu punya.

d) Kurangnya latihan.  

            Latihan yang berterusan dapat menolong seseorang itu untuk mengingati apa yang dihafal atau dibacanya. Hal ini dikatakan demikian seseorang itu hanya mampu mengingati apa yang dihafal atau dipelajarinya selama 24 jam sahaja. Selepas pada tempoh itu, dia tidak akan dapat mengingat semula 100% memorinya. Melalui latihan yang berterusanlah dapat menguatkan ingatan seseorang. Latihan yang berterusan juga dapat menjadikan seseorang itu terbiasa dengan perkara yang dilakukannya. Jadi, kita perlulah melakukan sebanyak mungkin latihan supaya dapat melatih otak kita untuk mengingat sesuatu perkara.

e) Tidak mempraktikkan dalam kehidupan.

        Kebanyakan orang tidak mempraktikkan bahasa yang dipelajarinya dalam kehidupan seharian kerana berasa malu untuk menggunakan bahasa tersebut semasa berkomunikasi. Mereka hanya menggunakan bahasa itu terhad semasa di dalam kelas sahaja. Keadaan ini juga berlaku kerana mereka lebih selesa untuk menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Jadi, kita sepatutnya buang perasaan malu itu supaya kita dapat fasih bahasa kedua dengan pantas.

f)  Pengaruh dialek.

        Dialek merupakan variasi daripada satu bahasa tertentu yang dituturkan oleh sekumpulan penutur dalam sesebuah masyarakat. Dialek juga berbeza mengikut kawasan tertentu dan berbeza dari bahasa standard iaitu dari segi sebutan, tatabahasa dan penggunaan kata-kata tertentu. Dialek juga dapat dibahagikan kepada dua iaitu dialek daerah dan dialek sosial. Dialek daerah ialah dialek mengikut tempat atu negeri. Sebagai contohnya:

Dialek daerah

Bahasa standard

Ayaq

Air

Makang, makey

Makan

Teman

Saya

Besaq

Besar

BIBLIOGRAFI

Abdullah Hassan (1984). Linguistik Am Untuk Guru Bhasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ellis, R. (1997). Second Language Acquisition. England: Oxford University Press.

Steinberg Laurance. (1995). Adolescene Sanfrancisco: McGraw-Hill Inc.

 

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

 

PEMEROLEHAN BAHASA PERTAMA

            Pemerolehan bahasa merupakan satu proses yang melibatkan perkembangan bahasa manusia. Lazimnya, pemerolehan bahasa pertama dikaitkan dengan perkembangan bahasa kanak-kanak manakala pemerolehan bahasa kedua pula tertumpu kepada perkembangan bahasa orang dewasa (Adenan Ayob dan Abdullah Yusof, 2010).

            Terdapat pelbagai teori berkaitan dengan pemerolehan bahasa yang telah dikemukakan oleh golongan sarjana yang terkenal antaranya ialaha teori Behavioris dan Mentalis.



1.Teori Behavioris

Teori ini telah diperkenalkan oleh Ivan Plov, dan telah dikembangkan oleh Thondike dan Skinner. Teori Behavioris ini menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut Skinner juga, pembelajaran bahasa terutamanya kanak-kanak terjadi apabila ibu bapa atau masyarakat sekeliling yang lain telah mengajar kanak-kanak bercakap dan memberikan dorongan iaitu dengan memberi ganjaran kepada mereka setiap kali mereka menjawab dengan betul. Teori ini dapat dibahagikan kepada kepada empat ciri umum iaitu menolak konsep mentalisme yang mengkaji pemikiran dan konsep abstrak data yang dapat disahkan, mempercayai bahawa tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan, tingkah laku manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untu bersosialisasi dan perlakuan manusia ada hubungan dengan rangsangan dan gerak balas. Mereka yang berpegang kepada konsep behaviorisme lebih menumpukan perhatian pada matlamat yang berbentuk kebiasaan dan bukannya dibuat-buat.

 

2.Teori Mentalis




            Teori Mentalis dipelopori oleh Noam Chomsky pada 1959. Teori ini mengatakan bahawa pemerolehan bahasa terjadi secara mentalis. Menurutnya juga kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal iaitu dengan alat ini kanak-kanak dapat mempelajari apa-apa bahasa yang mereka mahu. Teori ini juga menyatakan bahawa manusia ialah makhluk yang berfikir dan manusia berbeza dengan haiwan. Hal ini dikatakan demikian kerana haiwan tidak mempunyai alat pemerolehan bahasa iaitu Language Acquisition Device (LAD). Bagi menguatkan teorinya, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu:

       I.       Proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

    II.       Proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan.

  III.     Proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak.

  IV.         Tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.

         Pembelajaran dan pengukuhan bahasa didapati secara sedar atau mempunyai perkaitan dengan daya fikir seseorang. Diller (1971) menyatakan bahawa teori mentalis ini membuat empat andaian iaitu:

    V.        Bahasa yang hidup itu bersifat sati tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan.

  VI.        Bahasa digunakan untuk berfikir.

VII.       Peraturan-peraturan tatabahasa itu nyata dari segi psikologi.             

           Manusia adalah uni dengan keupayaannya berbahasa

 

V                                              



                Menurut Mengantar Simajuntak (1982), pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang secara tidak langsung dan dikatakan aktif berlaku dalam kalangan kanak-kanak dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna orang dewasa tidak memperoleh bahasa tetapi Cuma kadarnya tidak sepantas kanak-kanak. Pemerolehan bahasa juga dikaitkan dengan penguasaan sesuatu bahasa tanpa disedari atau dipelajari secara langsung dalam pendidikan secara formal sebaliknya memperolehnya secara semula jadi iaitu dari bahasa yang dituturkan oleh masyarakat sekeliling.

            Pemerolehan bahasa pertama terjadi apabila kanak-kanak yang tidak pernah belajar sebarang bahasa sejak lahir mulai belajar bahasa untuk kali pertama. Sekiranya kanak-kanak tersebut telah menguasai satu bahasa, penguasaan ini disebut ekabahasa manakala jika kanak-kanak menguasai dua bahasa pula, penguasaan ini disebut dwibahasa. Namun, jika kanak-kanak dapat menguasai lebih daripada dua bahasa secara serentak, maka penguasaan kanak-kanak ini disebut ganda bahasa.

            Menurut Piaget, sejak lahir, semua kanak-kanak telah dilengkapi dengan satu alat yang berbentuk mekanikal umum yang melibatkan kebolehan berbahasa. Bagi Chomsky dan Miller pula, alat yang khusus ini dikenali sebagai Language Acquisition Device (LAD) yang fungsinya sama seperti yang pernah dikemukakan oleh Lennerberg yang dikenali sebagai “Innate Prospensity for Language”. LAD sebenarnya telah dimiliki oleh kanak-kanak sescara semula jadi dan dengan Lad kanak-kanak mampu memperoleh bahasa ibundanya dengan mudah dan pantas.

            Menurut Mengantar Simajuntak, 1990, (dlm. Tay. 2000;228) peringkat perkembangan bahasa ini boleh dibahagi kepada (a) peringkat mengagah, (b) peringkat holofrasa, (c) peringkat ucapan dua kata, (d) peringkat permulaan tatabahasa, (e) peringkat menjelang tatabahasa dewasa, dan (f) peringkat kecekapan penuh. Kanak-kanak akan menempuh tiga proses pemerolehan bahasa iaitu proses pemerolehan komponen fonologi, sintaksis dan semantik. Ketiga-tiga ini dikatakan berlaku secara serentak.

            Pemerolehan dan penguasaan bahasa oleh kanak-kanak kadangkala berbeza walaupun mempunyai umur yang sama. Sebagai contohnya, dua orang adik beradik yang dibesarkan dalam persekitaran yang sama namun kecekapan berbahasa antara mereka tidak sama. Si abang pada umurnya tiga tahun sudah petah bercakap, manakala si adik pada umur yang sama dengan abangnya iaitu tiga tahun tidak sepetah abangnya dahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana, faktor persekitaran memainkan peranan dalam menentukan kecekapan berbahasa kanak-kanak.

            Sejak kanak-kanak lahir lagi, mereka sudah mempunyai kebolehan berbahasa dengan berbantukan alat pemerolehan bahasa iaitu LAD. Kanak-kanak memperoleh bahasa pertamanya bukan melalui pengajaran secara formal di dalam kelas tetapi secara semula jadi. Kebiasaannya, kanak-kanak akan mengalami perkembangan bahasa pertama semasa berumur 1 hingga 5 tahun kerana pada masa ini tahap penguasaan bahasa mereka sangat pantas dan mudah menerima pengaruh bahasa yang didedahkan kepada mereka. Bak kata pepatah, kanak-kanak umpama kain putih, ibu bapa yang mencorakkan anak itu. Hal ini dikatakan demikian kerana, sekiranya bahasa yang digunakan oleh ibu bapa itu baik, maka secara tidk langsung kanak-kanak dapat menjadi baik. Jelaslah penggunaan bahasa pertama kepada kanak-kanak sangat memberi kesan yang mendalam terhadap masa depan kanak-kanak tersebut.

BIBLIOGRAFI

Adenan Ayob dan Abdullah Yusof (2010). Psikolinguistik.

Mengantar Simajuntak (1982). Pemerolehan Bahasa Melayu: Bahagian Fonologi. Jurnal                 Dewan Bahasa, Ogos/September, 615-625.

Mengantar Simajuntak (1990). Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak.                 Jurnal Dewan Bahasa, September. 692-704.

 

 

 

 

 

 

KECELARUAN BAHASA

  KECELARUAN BAHASA             Kecelaruan bahasa juga dikenali sebagai disleksia. Jadi, apakah itu disleksia? Disleksia bermaksud kecel...